! ChocoLate Holic!

La Tahzan!

Assalamualaikum
Rasanya dah lama eyqa tak menulis dekat sini..
Bukan diri ini sibuk atau malas tetapi diri eyqa
ini menghadapi ujian yang eyqa rasakan berat dari pencipta..
Allahuakbar!


Setiap malam eyqa menangis...
Banyak muhasabah diri sendiri ...
eyqa rasa diri inibegitu kerdil dimata ALLAH!
Tiada siapa yang mengetahui apa yang sebenarnya terbuku
di sudut hati eyqa..
Eyqa rasa sepi walau eyqa dikelilingi orang-orang yang
sayang, ambil berat pasal diri eyqa..



Setiap kali sebelum tidur pasti eyqa menangis menilai
diri eyqa sendiri.. Ya ALLAH!
Banyaknya dosa eyqa terhadap semua makhluk di dunia ini..
Sekarang, setiap kali eyqa bangun dari tidur eyqa
berjanji untuk menjadi orang yang lebih baik dari semalam..
At least, biarlah eyqa senyum dengan senyuman yang ikhlas :)
Ya ALLAH, bantulah hambamu ini...


Doakan eyqa :)




DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Fiska Brooches~

Assalamualaikum..
Hehehe, kali nie eyqa nak promote sikit
kerongsang yang my mum kait..
FISKA BROOCHES


Ada 7 colour semuanya~

Hanya RM 3.00 untuk sepasang.
It's mean, 2 kerongsang kecil untuk 3 ringgit sahaja.
Memang murah~


Nie besar kerongsang kecil nie..
Sama besar dengan duit 20 sen
100% dikait~

In Sha Allah, lepas nie eyqa akan release 
brooches yang lain pulak.
Seriously, FISKA Brooch nie memang cantik!

p/s: Boleh request warna lain jugak taw~


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Semester Baru!

Salam semua
Eyqa dah masuk semester baru uools~
Hehehe, pejam celik, pejam celik dah masuk semester 4
eyqa dekat U nie..
Konon dah senior sikitlah.. Chewah~

Sekarang nie, bila eyqa tengok budak2 junior yang
baru masuk U nie, kadang2 kelakar jugak.
Semua muka tulus, suci dan naif jew..
Bila bas datang un tak de rebut-rebut.. Dyorang semua
macam pasrah ngan redha jew ditolak oleh senior-senior
yang dah tak kira ape un, janji dapat masuk bas..
Hahahaha~

Bila ade budak junior yang macam nak berebut naik bas
too, senior-senior mulalah buat muka (senior) bagi
budak-budak too takut sikit.. Siap boleh tanye lagi,
semester berapa, kalau sem satu bagi senior masuk dulu..
Hehehe, sabaq jew lah yerk.. Adat lah kan!

Tapi paling tak boleh blah sekali, bila ade junior yang ingat
eyqa nie semester satu gak. Maklumlah muka eyqa yang
awet muda nie, memang ramai orang ingat eyqa umur antara 18
or 19 tahun... Kalau raya memang eyqa dapat duit raya lagi
banyak dari adek eyqa. Hehehehe, berkat muka tak matang..
Tapi takpew lah, Eyqa tak marah un, janji pemikiran kita matang..
Hehehee ~





DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Qada Solat Selepas Haid

Assalamualaikum
Hmm, tajuk yang eyqa nak share nie eyqa rasa ramai yang
dah tahu tapi tadi eyqa ditanya oleh seorang sahabat tentang perkara ini.
Jadi, eyqa rasa baik juga kalau eyqa share tentang perkara ini sebab
bagi perempuan yang sudah datang haid perkara nie penting untuk kita
ketahui. Yew lah, setahun 12 kali kita akan datang haid kan. Allahu Akbar!



So, mula-mula kalau perempuan yang datang haid eloklah conformkan 
pukul berapa kita sedar yang kita datang haid.
Contohnya: Eyqa datang haid pukul 2.00 petang. Tapi eyqa
tak solat lagi even solat zuhur masuk pukul 1. 23 petang.
So eyqa kena qada solat zuhur selepas eyqa habis haid.
Lepas kita dah conformkan kita datang haid pukul berapa,
eloklah kalau pada wakto too kita baca doa bila datang haid.
Korang boleh dapatkan doa too di SINI.

Pastu kita mesty tahu pulak bila kita sudah habis haid.
Contohnya: Eyqa conform habis haid pukul 6.50. Jadi eyqa un
mandi wajib dan tak sempat nak solat asar. Jadi eyqa kena qada
solat Asar dan Zohor.

Hah! Mesty pelik kan kenapa eyqa kena qada solat Asar dan Zohor.
Sebab kalau hukum jama' solat...
Solat Asar dan Zohor boleh dijamakkan. Jadi kat sini berlaku kekhilafan
antara ulama' sama ada nak qada' solat Asar ataupun solat Asar dengan Zohor.
Untuk langkah Ikhtiyat (menjaga hukum), eloklah kalau kita qada' kan 
kedua-dua solat. Wallahu Alam.

Kat bawah nie ada video Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjawab soalan
tentang Qada Solat Selepas Haid.


p/s: Kalau ada yang eyqa terangkan salah.

Bagitaw taw. Sama-sama kita belajar.
Sharing is caring, right!

DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Ice Cream Goreng!

Assalamualaikum
Hehehe, hari nie hari Sabtu. So, petang2 camnie bila korang semua
ada dekat area Tanjung Malim mesty korang akan teringat dekat
pasar malam Tanjung Malam..
Eyqa suka pergi pasar nie sebab pasar dia besar and ade macam2
bende yang boleh dapat dekat sini taw..

Tapi benda WAJIB eyqa beli bila datang pasar nie iyalah
Ais krim Goreng..
Huhuhu! Mesty ramai yang pernah makan and falling in love
kan dengan aiskrim goreng nie..
Kalau korang ade simptom2 yang demikian, korang boleh 
dikategorikan sama-sama dengan eyqa..
Seriously, eyqa terlalu suka dengan aiskrim goreng..
Eyqa boleh makan setiap hari pun takpew taw!
Hehehe..

So, hari nie eyqa pilih ais krim goreng perisa vanilla choc chip!
Sedap taw.. Lagi2 bila kita makan masa panas2.
Macam trademark ice cream goreng mak cik too..
"Panas diluar sejuk di dalam"
Hohoho..


Hah! Nielah bentuk ice cream goreng too yang baru lepas
dimasak taw.. Huh, sedap taw. Mak cik too
siap bekalkan tisu lagi sebab wakto nie bende nie
memang panas..


 Hah, nie lah rupa ice cream goreng selepas di "ngap"
separuh oleh eyqa. Ape macam, ade rasa terliur x?
Hahaha, kalau makan ice cream goreng nie korang
kena sediakan tisu lah. Sebab bila kita dah gigit, ice cream too
akan cepat cair. First tyme, eyqa makan memang comot sangat.
Dah lah eyqa makan depan orang ramai, memang malu
sangat sebab ice cream nie mudah meleleh bila kita makan
lagi2 bila kita lambat makan.


Nie rupa ice cream to dari dalam. Hehehe, baru nampak
chocolate chip kan! Ice cream goreng nie memang senang jew
nak buat dyer. Lain kali lah, eyqa update tutorial buat ice cream
goreng. Yewlah, kadang2 susah jugak nak cari orang buat
ice cream goreng. Kalau tyme tengah teringin sangat too
boleh lah buat sendiri. Yang pasti, eyqa puas hari nie
dapat "ngap" satu ice cream goreng.

p/s: Lagi 9 hari nak tinggalkan Tanjung Malim kejap.
So, sebelum balik too kena makan ice cream goreng puas2
dulu. Korang doakan eyqa untuk final exam nie taw.
Ada lagi 6 paper nak dijawab! Wish me gud luck!
 



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Mental Age Test! (Jom Cuba, Try, Test!)


Assalamualaikum
Hehehe, mesty korang pernah dengar kan
tentang Mental Age Test nie..
Eyqa dapat tahu pun bila kawan eyqa 
syorkan and then suruh eyqa cube waktu too jugak.
Sebab dyer kate...
"Ko nie nampak jew umur 22 tahun tapi ko pikir 
mengalahkan mak aku jew! Entah2 nenek aku
pun boleh kalah dengan kau kalau dyer hidup lagi"
So, eyqa un buat lah test nie.. 
Mula-mula dyer akan keluar page macam nie..
Kat situ korang letak lah umur sebenar korang..
Macam eyqa tahun nie umur 22 tahun, so
kat situ eyqa chose 22..
Lepas too boleh lah tekan START!


Hmm, pastu korang kena jawab 31 soalan mudah. 
Seriously, senang jew soalan dyer.
Ia berkaitan dengan personaliti kita dan juga pemikiran kita.
Tak sampai pun 5 minit nak jawab test nie..
Cubalah taw...

Lepas dah jawab semua soalan, so kita dapat jawapan
kita berapa sebenarnya umur mental kita yang sebenar..
So, eyqa dah try 5 kali and jawapannyer eyqa tetap
..........................
TUA!!
Hehehehehe...
Nak taw tak berapa tahun eyqa lagi tua??
Korang jangan terkejut taw...


 Nampak tak. Dyer tulis real age 22, mental age 40..
So, eyqa dapat Sophisticated!
Eyqa l8 tahun lagi tua!
Whuaaaa! Bila eyqa buat, kawan eyqa semua ketawakan 
eyqa.. Alahai, nak buat macam mana.
Ada juga kawan eyqa yang umur 22 tapi pemikiran macam umur 16 tahun.
So, bagi eyqa baik eyqa umur 22 tahun tapi pemikiran matang..
Hehehe, matang too ayat nak sedapkan hati jew..

 So, this quotes means a lot too eyqa!
So, korang jom lah kita try test nie..
Best untuk hilang stress lagi2 sesiapa yang tengah nak
final exam nie..
Thanks!

p/s: Doakan eyqa berjaya jawab soalan dasar2 negara
untuk final exam esok taw.
Hehe, nie killer subjek bagi pelajar Malaysia Studies!
So, esok eyqa pikir ala2 menteri gitoo nak
jawab soalan Dasar2 Negara!
Hehehe



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Peringatan di Tahun Baru

Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru semua!!
Huhu, macam x percaya jew dah masuk new year.
So, makin bertambah umur eyqa dan semakin kita
semua menghampiri kepada kematian.
Allahu Akbar!

The Wedding Breakers, Taylor Swift


Now, I'm 22 but not officially 22 years old.
Bila masuk tahun baru semalam, teringat kata-kata
seseorang yang paling rapat dengan eyqa..
"Tahun baru semua berseronok malah ramai yang menyambut.
Tapi tidakkah mereka fikir tentang apakah yang mereka
telah sumbangkan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara
selama mana mereka hidup atau paling kurang pun selama setahun 
yang berlalu.. Orang yang bijak akan menangis
kerana sedikitnya sumbangan yang mereka telah lakukan.
So, macam mana dengan kau eyqa?"

Seriously, eyqa terkelu bila mendengar hujah sahabat eyqa.
Betul, bila eyqa fikirkan balik, sudah terlalu banyak
eyqa membuang masa dan eyqa tak dapat list pun
even 5 sumbangan besar eyqa untuk kepentingan orang lain.
Yang ada cuma hanya kepentingan diri sendiri.
Allahu Akbar! 


Bila teringat tentang Arwah Amar yang banyak melakukan
kebaikan kepada orang lain even umur arwah baru 20
tahun, eyqa rase cukup sebak.
ALLAH bagi kita peluang untuk membuat kebaikan tetapi
kenapa peluang too, eyqa sia-siakan.
Semoga tahun 2014 ini eyqa akan berubah menjadi
yang lebih baik. In sha ALLA
:)




DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

First Malaysia Playboy Bunny kini selesa berhijab!

Assalamualaikum
Hehehe, sempat lagi eyqa menaip entry untuk hari-hari
terakhir dalam bulan 2013 nie..
Bukan ape, ini kisah yang cukup mengkagumkan
eyqa bila dilihat bertapa indahnya Hidayah yang ALLAH 
boleh berikan kepada umatnya..

Sebelum nie, eyqa tersentuh bila lihat orang yang bukan beragama
Islam convert ke Islam. 
Tapi kali nie, eyqa cukup kagum bila orang yang bukan Islam 
menyatakan lebih suka memakai hijab kerana
merasakan dirinya lebih selamat.
Allahu Akhbar! 

Siapa dia Felixia Yeap nie..
Dahulunya dia merupakan model yang berjaya dalam
arena modelling dan kerjayanya sehingga ke luar negara.
(Jika dah model, faham lah pakaian yang tidak menutup aurat
tetapi bukanlah NAKED)
Tapi sejak kebelakangan ini, Felixia Yeap telah menjadi
model muslimah dan dia suka dan selesa dengan
gaya muslimah yang menutup aurat dan berhijab.

Di sini eyqa tunjukkan video rakaman Felixia Yeap
di dalam Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah.


Antara gambar Felixia Yeap yang mengenakan hijab.

hijabista, sweet, felexia yeap, playboy, bunny, naked


hijabista, macam cantik jew, red, hot, wish

Untuk lebih lanjut sila pergi ke blog Felixia Yeap

Untuk Felixia Yeap, eyqa mendoakan agar ALLAH 
memberikan hidayah nya untuk membuka pintu
hati Felixia convert ke agama Islam.
Kerana eyqa tahu bahawa tiada siapa yang berhak 
menghukum seseorang dengan perkara yang lampau
apabila dia diberikan hidayah oleh ALLAH.
Allahu Akbar!


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Hiburan TV3 yang perlu diteliti semula!

Assalamualaikum
Hmm, lagi beberapa hari kita nak sambut happy new year kan.
Tapi sekarang eyqa tengah mood study week taw!
So, korang doakan eyqa boleh jawab exam dengan baik
and then dapat pointer yang gempak yerk..

So, bila pihak university bagi peluang untuk study week nie,
ramai lah yang balik kampung kononnya nak minta restu 
family termasuklah eyqa.. hehehe
So, dah agak lama tak layan tv kat hostel, eyqa un ape lagi
layan lah drama-drama dekat tv kononnya nak release tension!
Chewahhh, cantik punya alasan..

Mak aiih, banyak betul cerita yang best2 kat tv too 
tapi eyqa rasa ade antara cerita-cerita tersebut tidak 
sepatutnya ditayangkan di tv.
Sebagai contoh, cerita dongeng yang TV3 tayangkan
pada setiap petang waktu cuti sekolah nie. (Jom Relaks)
Bukan ape, cerita dongeng nie yang diambil daripada Indonesia
boleh menyesatkan dan membuatkan akidah terutamanya
kanak-kanak di Malaysia terpesong..

akidah, pari-pari, lana nordin, che ta dan zain saidin, hottest
Antara drama yang ditayangkan~

Nie yang dulu punya. Bulan Mei

Mana tak akidah terpesong bila unsur-unsur mempercayai 
dewa-dewi, pari-pari and lelain yang langsung bertentangan
dengan pegangan agama kita iaitu Islam..
Minta maaf, tapi eyqa merasakan TV3 seharusnya mencari
alternatif lain untuk menghiburkan masyarakat dan secara 
tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni dan 
memantapkan akidah seseorang..
Kadang2 terlalu banyak hiburan tidak boleh juga. 
Terima kasih.



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Isu COMANGO : Islam tercabar di Ganeva, dimanakah suara ummah?

Assalamualaikum
Hai semua.. Eyqa akan bercerita tentang satu isu yang
hangat diperkatakan dan isu ini seharusnya diambil tahu oleh
semua umat Islam di Malaysia. 
Isu yang mencabar kedaulatan Islam dan juga kedaulatan
negara iaitu Malaysia di Ganeva..

Di Ganeva telah dan akan berlangsung Semakan Berkala Sejagat.
Semakan Berkala Sejagat ini akan berlangsung setiap 4 tahun sekali dan
pada 24 Oktober 2013 kita berada pada proses semakan  pusinganyang kedua..
Pada 11 Febuari 2009 merupakan semakan pusingan yang pertama..

Dalam Semakan Berkala Sejagat ini, COMANGO telah menghantar
beberapa tuntutan di Ganeva tentang Hak Asasi Manusia di Malaysia.
Ok, bagi yang tidak tahu apa itu COMANGO..
COMANGO ialah Coalition of Malaysian NGO in the UPR Process..
COMANGO ini telah terdiri daripada 54 NGO dimana hanya 12 NGO 
yang mendaftar dan selebihnya tidak.. Di dalam NGO yang membuat
tuntutan ini termasuklah satu NGO islam iaitu Sister In Islam..

Antara tuntutan COMANGO ialah:
  • Menuntut Malaysia menandatangani ICCPR
  • Menuntut Malaysia menandatangani ICERD
  • Menuntut Malaysia mengiktiraf Hak-hak LGBTIQ
Apabila Malaysia bersetuju menandatangani ICCPR 
(International Convenant on Civil and Political Right) maka didalam ICCPR ini akan 
membuatkan ramai umat Islam akan murtad. Hal ini disebabkan kebenaran
menukar agama asal..
Bagi ICERD (International Convention on the Elimination of All Form)
barat menganggap Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum..
Jika Malaysia mengiktiraf Hak-hak LGBTIQ, maka Syeksen 377 (A) iaitu
jenyah liwat akan terhapus.. Bila jenayah ini terhapus, maka LGBTIQ akan 
berleluasa di Malaysia..

Perlu diingatkan LGBTIQ bukan LGBT yang biasa tetapi penambahan
IQ itu membolehkan manusia melakukan seks dengan haiwan..
Ya Allah, kau selamatkanlah Malaysia..



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

I love U Pak Cik Bas!

Assalamualaikum
Hehehe, eyqa dah selamat sampai kat tanjung malim
untuk teruskan pengajian eyqa.
Eyqa sekarang dah masuk semester 3. Huhuhu..
Semangat baru dan azam baru!
Chaiyook eyqa..



Biasalah bila dah kembali belajar nie, eyqa memang
tiap-tiap hari akan naik bas lah untuk pergi kuliah.
If orang yang ader pengangkutan sendiri, Tak payah lah naik
bas nak pergi kuliah. Yew lah, naik bas nie sesak, padat
pastu bila pagi memang wangi jew dalam bas..
Tapi bila naik bas waktu lewat petang, hmm
haruman dyer un ade macam-macam...



Tapi eyqa nak tulis kat sini, pak cik-pakcik bas tolonglah
bawak bas dengan berhati-hati. Bukan ape, 
keselamatan penumpang patutnya diutamakan.
Nie tak, selagi bas too tak penuh macam milo 
padat selagi too lah dyer isi. Kitaorang, yang dalam 
bas too dah macam sesak nafas un still nak penuhkan lagi.



Pak cik, if dulu perkhidmatan pakcik wakto mula-mula
dapat tender baik, bagus n efisien...
Tapi bila lama-lama jadi kureng pulak...
Adoyai!!
Mungkin eyqa kena kenyit-kenyit mata kat pakcik 
baru pakcik nak dengar pendapat kitaorang kot.
Agaknya, baru pakcik fikir pasal keselamatan
kami sebagai penumpang...



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Twenty One

Assalamualaikum...
Dah agak lama jari-jari tembam eyqa tak menaip kat sini..
Bukan sebab pape un tapi sebab malas..
Hahaha, pemalas betul eyqa nak menaip bila internet slow.
Siput bergerak lagi laju dari broadband eyqa.

Alhamdulillah, hari nie genap 21 tahun eyqa menumpang
di bumi yang ALLAH ciptakan nie..
Bila teringat diri nie dah masuk 21 tahun, rasa takut
pulak bila memikirkan dosa-dosa yang eyqa
dah lakukan selama 21 tahun nie.. 
Tak tercapai dek fikiran eyqa bila eyqa merenung kembali
dosa-dosa yang eyqa dah buat.
Mengumpat, dendam, tak menutup aurat secara sempurna,
ikhtilat dengan lelaki, pemalas semua too baru sikit.
Tak campur lagi dengan dosa-dosa macam tak siapkan 
kerja sekolah, meniru kawan, buang sampah merata-rat ....
Alahai banyaknya dosa eyqa...

Ya ALLAH, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf,
Engkau Suka Memaafkan, maka maafkanlah daku..



Untuk keluarga eyqa, pada diri ini berumur 21 tahun,
eyqa harap eyqa dapat buat yang terbaik untuk
membalas jasa dan pengorbanan family eyqa 
terutamanya abah dengan mie..
Bila anak atau kakak mu ini membuat kesilapan,
bukan sebab kamu semua tidak mendidik atau menegurku
tapi disebabkan anakmu/kakakmu ini tidak lagi
matang dan dia berusaha untuk menjadi seorang yang matang.
Doakan eyqa yerk..



Bila eyqa tengok kawan-kawan dari sekolah lama, 
semuanya menjadi yang lebih baik..
Eyqa malu dengan dyorang semua.. Eyqa hanya
mampu menstalk twitter, fb atau blog dyorg jew 
untuk lihat perkembangan dyorang dari jauh.
Sesungguhnya, eyqa sangat rindu teman-teman 
dulu di SMKA Maahad Hamidiah Kajang..
Semoga satu hari nanti, kita akan bertemu kembali
bagi meapatkan ukhuwah yang terbina antara kita.
AMEEN..








DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Ice Cream Menggunakan Gas Liquid Nitrogen (OMG)!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Hyep korang semua... Hari nie eyqa nak share
satu tempat makan best taw...
Seriusly, gempak sangat....

Eyqa memang suke sangat dengan ice cream...
Paling eyqa suke gelanto ice cream..
Tapi maybe OMG a.k.a Oh My Gas Ice Cream
nie akan menjadi tempat pertama di hati eyqa....


Hahaha, eyqa paling suke bila baca tentang article nie...
Sebab eyqa suke makan ice cream sesangat!
Jom baca pulak pasal Gas yang digunakan untuk
membuat ice cream nie...


Sejak bila pulak Liquid Nitrogen nie digunakan
dalam bidang masakan yerk?
Nak tahu, jom lah bace kat bawah nie pulak...


Hmm, lama jugak tooo.. Belum habis lagi lah..
Baca kat bawah nie pulak...


Hmm, dah taw kan kenapa liquid nitrogen digunakan
untuk membuat ice cream kan.. Wah!
Bila u guys tengok video kat bawah nie, mesty
keterujaan nak beli ice cream nie meningkat
secara mendadak... Siyes! Eyqa tak tipu taw..


Nak tahu dengan lebih lanjut..
Korang pergi dekat link O.M.G!
Sekian...

DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Lawak Orang Perempuan Semasa Jualan Murah!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Hyep korang... Huhu...
Eyqa nak sharing satu bende dengan korang
hari nie... Gelagat orang perempuan bila
tengah membeli dan belah...

Hahahaha... Seriusly, eyqa memang terasa
sangat bila tengok picture kat bawah nie...
Memang eyqa macam too..
Kadang-kadang rasa tertipu juga waktu
membeli belah lagi-lagi waktu tengah sale!


Bende nie korang pernah alami tak??
Jom share sama-sama dekat comment!


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Hari Memperingati NAKBAH, Palestin!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Hyep korang.. Hari nie eyqa nak share dengan
korang pasal NAKBAH.. Bila bulan Mei,
mesty kita semua akan menyambut Hari  Ibu dan
Hari Guru tapi kita terlupa untuk memperingati
NAKBAH!


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar.
 Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel 
yang telah diistiharkan pada 15hb Mei 1948.
Seramai 700000 penduduk Palestin telah dihalau dari kediaman mereka
untuk memberi peluang kepada pendatang yahudi tinggal di Palestin. 
Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram
 oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin 
secara terancang dengan bantuan British dan PBB.

Ya, selama 65 tahun mereka dijajah.
 Namun kini mereka tidak lagi berjuang sendirian.
 Umat Islam di seluruh dunia semakin terbuka mata dan sedia untuk membantu.
 Dimulai dengan negara Turki diikuti dengan negara lain,
 kini Malaysia pula yang menyahut seruan perjuangan  untuk bersama Palestin.
 Bantuan dan rombongan kemanusiaan dihantar dari masa ke masa,
 dalam menyatakan sokongan pembebasan negara kiblat pertama umat ini.

Marilah kita bersama-sama mengirimkan AL-FATIHAH
kepada pejuang-pejuang islam yang telah syahid tidak kira
di mana mereka berada. Tidak lupa juga kita doakan agar
pejuang-pejuang islam yang tengah berjuang agar dipermudahkan
urusan mereka oleh ALLAH. 
Sesungguhnya, orang islam akan bertambah kuat dengan doa
antara satu sama lain...




DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Lawak Selepas Exam!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!
Hyep korang! Kali nie eyqa nak share satu
gambar masa lepas exam...
Masa kita nak tunjuk result exam kat mak bapak
kita.. Eyqa salalu jadi camnie...
Korang pernah jadi tak?


Kadang eyqa tak faham ape yang mak ngan ayah eyqa
nak sebenarnya.. Pape un, eyqa taw dyorang nak 
yang terbaik untuk anak dyorang...
Betol tak...


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Lawak Masa Exam!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Hmm, eyqa malas nak citer panjang...
Korang tengok jew gambar nie...


Huhuhu, korang pernah alami tak..
Seriusly, ketiga-tiga situasi eyqa pernah lalui..
Memang kelakar if eyqa tengok balik...
Sebelum exam kita berusaha...
Selepas exam kita bertawakal..
In Sha Allah, pasti akan lulus cemerlang...

DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA