Assalamualaikum..
Selamat berpuase semua..
Semoga ALLAH merahmati kita
dan kita menjadi orang yang beruntung..
Nape dengan orang yang beruntung??
eyqa just nak share sedikit pedoman
bagi mengingati diri eyqa dan semua
yang membaca entry eyqa kali ini..
Gambar ihsan encik google
Rugi-rugi, setakat jadi orang yang handsome,
tapi mengabaikan solat. Nabi Yusof orang
yang terhandsome di dunia un, tidak
menghalang untuk jadi orang yang taat
kepada ALLAH.
Rugi-rugi, setakat jadi orang yang cantik,
tapi mengabaikan solat. Saiyidatina Aisyah
yang amat lawa sehinggakan Nabi S.A.W,
memanggilnya humaira pun tidak melupakan
tanggungjawabnya sebagai hamba ALLAH.
Rugi-rugi, apa untungnya jadi orang yang kaya
didunia jika tidak solat. Nabi Sulaiman yang
terkaya didunia pun sentiasa mentaati
perintah ALLAH.
Rugi-rugi, teramat rugilah orang yang miskin
tetapi tidak solat. Dahlah miskin didunia, miskin
lagi diakhirat. Sedangkan sahabat Nabi,
Abu Hurairah R.A seorang yang hidup susah
dan miskin tetapi tidak menghalangnya dari
menjadi orang yang taat kepada ALLAH.
Rugi-rugi, jika anak-anak kita tidak pernah
terima teguran dan galakan dari ibu bapa
untuk menunaikan solat, padahal mereka lah
yang akan memberi kita pahala apabila
kita sudah berada di alam barzakh nanti.
Jadi adakah kita hendak masuk didalam
golongan orang yang RUGI.
Fikir-fikirkan..
Cantik kan button nie..
DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA