! ChocoLate Holic!: December 2013

First Malaysia Playboy Bunny kini selesa berhijab!

Assalamualaikum
Hehehe, sempat lagi eyqa menaip entry untuk hari-hari
terakhir dalam bulan 2013 nie..
Bukan ape, ini kisah yang cukup mengkagumkan
eyqa bila dilihat bertapa indahnya Hidayah yang ALLAH 
boleh berikan kepada umatnya..

Sebelum nie, eyqa tersentuh bila lihat orang yang bukan beragama
Islam convert ke Islam. 
Tapi kali nie, eyqa cukup kagum bila orang yang bukan Islam 
menyatakan lebih suka memakai hijab kerana
merasakan dirinya lebih selamat.
Allahu Akhbar! 

Siapa dia Felixia Yeap nie..
Dahulunya dia merupakan model yang berjaya dalam
arena modelling dan kerjayanya sehingga ke luar negara.
(Jika dah model, faham lah pakaian yang tidak menutup aurat
tetapi bukanlah NAKED)
Tapi sejak kebelakangan ini, Felixia Yeap telah menjadi
model muslimah dan dia suka dan selesa dengan
gaya muslimah yang menutup aurat dan berhijab.

Di sini eyqa tunjukkan video rakaman Felixia Yeap
di dalam Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah.


Antara gambar Felixia Yeap yang mengenakan hijab.

hijabista, sweet, felexia yeap, playboy, bunny, naked


hijabista, macam cantik jew, red, hot, wish

Untuk lebih lanjut sila pergi ke blog Felixia Yeap

Untuk Felixia Yeap, eyqa mendoakan agar ALLAH 
memberikan hidayah nya untuk membuka pintu
hati Felixia convert ke agama Islam.
Kerana eyqa tahu bahawa tiada siapa yang berhak 
menghukum seseorang dengan perkara yang lampau
apabila dia diberikan hidayah oleh ALLAH.
Allahu Akbar!


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Hiburan TV3 yang perlu diteliti semula!

Assalamualaikum
Hmm, lagi beberapa hari kita nak sambut happy new year kan.
Tapi sekarang eyqa tengah mood study week taw!
So, korang doakan eyqa boleh jawab exam dengan baik
and then dapat pointer yang gempak yerk..

So, bila pihak university bagi peluang untuk study week nie,
ramai lah yang balik kampung kononnya nak minta restu 
family termasuklah eyqa.. hehehe
So, dah agak lama tak layan tv kat hostel, eyqa un ape lagi
layan lah drama-drama dekat tv kononnya nak release tension!
Chewahhh, cantik punya alasan..

Mak aiih, banyak betul cerita yang best2 kat tv too 
tapi eyqa rasa ade antara cerita-cerita tersebut tidak 
sepatutnya ditayangkan di tv.
Sebagai contoh, cerita dongeng yang TV3 tayangkan
pada setiap petang waktu cuti sekolah nie. (Jom Relaks)
Bukan ape, cerita dongeng nie yang diambil daripada Indonesia
boleh menyesatkan dan membuatkan akidah terutamanya
kanak-kanak di Malaysia terpesong..

akidah, pari-pari, lana nordin, che ta dan zain saidin, hottest
Antara drama yang ditayangkan~

Nie yang dulu punya. Bulan Mei

Mana tak akidah terpesong bila unsur-unsur mempercayai 
dewa-dewi, pari-pari and lelain yang langsung bertentangan
dengan pegangan agama kita iaitu Islam..
Minta maaf, tapi eyqa merasakan TV3 seharusnya mencari
alternatif lain untuk menghiburkan masyarakat dan secara 
tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni dan 
memantapkan akidah seseorang..
Kadang2 terlalu banyak hiburan tidak boleh juga. 
Terima kasih.



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA