! ChocoLate Holic!: November 2013

Isu COMANGO : Islam tercabar di Ganeva, dimanakah suara ummah?

Assalamualaikum
Hai semua.. Eyqa akan bercerita tentang satu isu yang
hangat diperkatakan dan isu ini seharusnya diambil tahu oleh
semua umat Islam di Malaysia. 
Isu yang mencabar kedaulatan Islam dan juga kedaulatan
negara iaitu Malaysia di Ganeva..

Di Ganeva telah dan akan berlangsung Semakan Berkala Sejagat.
Semakan Berkala Sejagat ini akan berlangsung setiap 4 tahun sekali dan
pada 24 Oktober 2013 kita berada pada proses semakan  pusinganyang kedua..
Pada 11 Febuari 2009 merupakan semakan pusingan yang pertama..

Dalam Semakan Berkala Sejagat ini, COMANGO telah menghantar
beberapa tuntutan di Ganeva tentang Hak Asasi Manusia di Malaysia.
Ok, bagi yang tidak tahu apa itu COMANGO..
COMANGO ialah Coalition of Malaysian NGO in the UPR Process..
COMANGO ini telah terdiri daripada 54 NGO dimana hanya 12 NGO 
yang mendaftar dan selebihnya tidak.. Di dalam NGO yang membuat
tuntutan ini termasuklah satu NGO islam iaitu Sister In Islam..

Antara tuntutan COMANGO ialah:
  • Menuntut Malaysia menandatangani ICCPR
  • Menuntut Malaysia menandatangani ICERD
  • Menuntut Malaysia mengiktiraf Hak-hak LGBTIQ
Apabila Malaysia bersetuju menandatangani ICCPR 
(International Convenant on Civil and Political Right) maka didalam ICCPR ini akan 
membuatkan ramai umat Islam akan murtad. Hal ini disebabkan kebenaran
menukar agama asal..
Bagi ICERD (International Convention on the Elimination of All Form)
barat menganggap Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum..
Jika Malaysia mengiktiraf Hak-hak LGBTIQ, maka Syeksen 377 (A) iaitu
jenyah liwat akan terhapus.. Bila jenayah ini terhapus, maka LGBTIQ akan 
berleluasa di Malaysia..

Perlu diingatkan LGBTIQ bukan LGBT yang biasa tetapi penambahan
IQ itu membolehkan manusia melakukan seks dengan haiwan..
Ya Allah, kau selamatkanlah Malaysia..



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA