! ChocoLate Holic!: personaliti
Showing posts with label personaliti. Show all posts
Showing posts with label personaliti. Show all posts

Peringatan di Tahun Baru

Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru semua!!
Huhu, macam x percaya jew dah masuk new year.
So, makin bertambah umur eyqa dan semakin kita
semua menghampiri kepada kematian.
Allahu Akbar!

The Wedding Breakers, Taylor Swift


Now, I'm 22 but not officially 22 years old.
Bila masuk tahun baru semalam, teringat kata-kata
seseorang yang paling rapat dengan eyqa..
"Tahun baru semua berseronok malah ramai yang menyambut.
Tapi tidakkah mereka fikir tentang apakah yang mereka
telah sumbangkan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara
selama mana mereka hidup atau paling kurang pun selama setahun 
yang berlalu.. Orang yang bijak akan menangis
kerana sedikitnya sumbangan yang mereka telah lakukan.
So, macam mana dengan kau eyqa?"

Seriously, eyqa terkelu bila mendengar hujah sahabat eyqa.
Betul, bila eyqa fikirkan balik, sudah terlalu banyak
eyqa membuang masa dan eyqa tak dapat list pun
even 5 sumbangan besar eyqa untuk kepentingan orang lain.
Yang ada cuma hanya kepentingan diri sendiri.
Allahu Akbar! 


Bila teringat tentang Arwah Amar yang banyak melakukan
kebaikan kepada orang lain even umur arwah baru 20
tahun, eyqa rase cukup sebak.
ALLAH bagi kita peluang untuk membuat kebaikan tetapi
kenapa peluang too, eyqa sia-siakan.
Semoga tahun 2014 ini eyqa akan berubah menjadi
yang lebih baik. In sha ALLA
:)




DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

First Malaysia Playboy Bunny kini selesa berhijab!

Assalamualaikum
Hehehe, sempat lagi eyqa menaip entry untuk hari-hari
terakhir dalam bulan 2013 nie..
Bukan ape, ini kisah yang cukup mengkagumkan
eyqa bila dilihat bertapa indahnya Hidayah yang ALLAH 
boleh berikan kepada umatnya..

Sebelum nie, eyqa tersentuh bila lihat orang yang bukan beragama
Islam convert ke Islam. 
Tapi kali nie, eyqa cukup kagum bila orang yang bukan Islam 
menyatakan lebih suka memakai hijab kerana
merasakan dirinya lebih selamat.
Allahu Akhbar! 

Siapa dia Felixia Yeap nie..
Dahulunya dia merupakan model yang berjaya dalam
arena modelling dan kerjayanya sehingga ke luar negara.
(Jika dah model, faham lah pakaian yang tidak menutup aurat
tetapi bukanlah NAKED)
Tapi sejak kebelakangan ini, Felixia Yeap telah menjadi
model muslimah dan dia suka dan selesa dengan
gaya muslimah yang menutup aurat dan berhijab.

Di sini eyqa tunjukkan video rakaman Felixia Yeap
di dalam Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah.


Antara gambar Felixia Yeap yang mengenakan hijab.

hijabista, sweet, felexia yeap, playboy, bunny, naked


hijabista, macam cantik jew, red, hot, wish

Untuk lebih lanjut sila pergi ke blog Felixia Yeap

Untuk Felixia Yeap, eyqa mendoakan agar ALLAH 
memberikan hidayah nya untuk membuka pintu
hati Felixia convert ke agama Islam.
Kerana eyqa tahu bahawa tiada siapa yang berhak 
menghukum seseorang dengan perkara yang lampau
apabila dia diberikan hidayah oleh ALLAH.
Allahu Akbar!


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Hiburan TV3 yang perlu diteliti semula!

Assalamualaikum
Hmm, lagi beberapa hari kita nak sambut happy new year kan.
Tapi sekarang eyqa tengah mood study week taw!
So, korang doakan eyqa boleh jawab exam dengan baik
and then dapat pointer yang gempak yerk..

So, bila pihak university bagi peluang untuk study week nie,
ramai lah yang balik kampung kononnya nak minta restu 
family termasuklah eyqa.. hehehe
So, dah agak lama tak layan tv kat hostel, eyqa un ape lagi
layan lah drama-drama dekat tv kononnya nak release tension!
Chewahhh, cantik punya alasan..

Mak aiih, banyak betul cerita yang best2 kat tv too 
tapi eyqa rasa ade antara cerita-cerita tersebut tidak 
sepatutnya ditayangkan di tv.
Sebagai contoh, cerita dongeng yang TV3 tayangkan
pada setiap petang waktu cuti sekolah nie. (Jom Relaks)
Bukan ape, cerita dongeng nie yang diambil daripada Indonesia
boleh menyesatkan dan membuatkan akidah terutamanya
kanak-kanak di Malaysia terpesong..

akidah, pari-pari, lana nordin, che ta dan zain saidin, hottest
Antara drama yang ditayangkan~

Nie yang dulu punya. Bulan Mei

Mana tak akidah terpesong bila unsur-unsur mempercayai 
dewa-dewi, pari-pari and lelain yang langsung bertentangan
dengan pegangan agama kita iaitu Islam..
Minta maaf, tapi eyqa merasakan TV3 seharusnya mencari
alternatif lain untuk menghiburkan masyarakat dan secara 
tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni dan 
memantapkan akidah seseorang..
Kadang2 terlalu banyak hiburan tidak boleh juga. 
Terima kasih.



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

I love U Pak Cik Bas!

Assalamualaikum
Hehehe, eyqa dah selamat sampai kat tanjung malim
untuk teruskan pengajian eyqa.
Eyqa sekarang dah masuk semester 3. Huhuhu..
Semangat baru dan azam baru!
Chaiyook eyqa..



Biasalah bila dah kembali belajar nie, eyqa memang
tiap-tiap hari akan naik bas lah untuk pergi kuliah.
If orang yang ader pengangkutan sendiri, Tak payah lah naik
bas nak pergi kuliah. Yew lah, naik bas nie sesak, padat
pastu bila pagi memang wangi jew dalam bas..
Tapi bila naik bas waktu lewat petang, hmm
haruman dyer un ade macam-macam...



Tapi eyqa nak tulis kat sini, pak cik-pakcik bas tolonglah
bawak bas dengan berhati-hati. Bukan ape, 
keselamatan penumpang patutnya diutamakan.
Nie tak, selagi bas too tak penuh macam milo 
padat selagi too lah dyer isi. Kitaorang, yang dalam 
bas too dah macam sesak nafas un still nak penuhkan lagi.



Pak cik, if dulu perkhidmatan pakcik wakto mula-mula
dapat tender baik, bagus n efisien...
Tapi bila lama-lama jadi kureng pulak...
Adoyai!!
Mungkin eyqa kena kenyit-kenyit mata kat pakcik 
baru pakcik nak dengar pendapat kitaorang kot.
Agaknya, baru pakcik fikir pasal keselamatan
kami sebagai penumpang...



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Ice Cream Menggunakan Gas Liquid Nitrogen (OMG)!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Hyep korang semua... Hari nie eyqa nak share
satu tempat makan best taw...
Seriusly, gempak sangat....

Eyqa memang suke sangat dengan ice cream...
Paling eyqa suke gelanto ice cream..
Tapi maybe OMG a.k.a Oh My Gas Ice Cream
nie akan menjadi tempat pertama di hati eyqa....


Hahaha, eyqa paling suke bila baca tentang article nie...
Sebab eyqa suke makan ice cream sesangat!
Jom baca pulak pasal Gas yang digunakan untuk
membuat ice cream nie...


Sejak bila pulak Liquid Nitrogen nie digunakan
dalam bidang masakan yerk?
Nak tahu, jom lah bace kat bawah nie pulak...


Hmm, lama jugak tooo.. Belum habis lagi lah..
Baca kat bawah nie pulak...


Hmm, dah taw kan kenapa liquid nitrogen digunakan
untuk membuat ice cream kan.. Wah!
Bila u guys tengok video kat bawah nie, mesty
keterujaan nak beli ice cream nie meningkat
secara mendadak... Siyes! Eyqa tak tipu taw..


Nak tahu dengan lebih lanjut..
Korang pergi dekat link O.M.G!
Sekian...

DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Lawak Selepas Exam!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!
Hyep korang! Kali nie eyqa nak share satu
gambar masa lepas exam...
Masa kita nak tunjuk result exam kat mak bapak
kita.. Eyqa salalu jadi camnie...
Korang pernah jadi tak?


Kadang eyqa tak faham ape yang mak ngan ayah eyqa
nak sebenarnya.. Pape un, eyqa taw dyorang nak 
yang terbaik untuk anak dyorang...
Betol tak...


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

I CAN READ IT, CAN YOU?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Selamat hari minggu semua...

Eyqa baru jew abes kelas Olahraga pagi tadi...
Jadi, sekarang masa untuk eyqa share something
dengan semua orang....Sharing is caring kan!

panas, hot, awek cun, friend till jannah
 Sempat kami amek gambar!

Okay2, actually eyqa nak kongsi satu perenggan ayat nie..
If korang boleh baca perenggan nie...
Maknanya, betullah kajian yang dilakukan oleh University Cambridge
yang manusia boleh membaca ayat even huruf yang dalam ayat too
diterbalikkan. Tetapi huruf pertama dan terakhir mesty betul..
Cuma 55 daripada 100 orang jew boleh!
Korang nak test x?

University cambridge, membaca, ayat, tutorial blog, gwiyomi nora danish
Eyqa boleh baca, anda bagaimana?



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Cara Buat Doll Guna Stoking!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Haaa, eyqa ade bende menarik nak kongsi 
dengan korang semua...
Yelah, pernah tak korang dengar pasal
SOCKS DOLL..

Gambar Ihsan Google

Seriusly, comel taw Socks Doll nie...
Kita boleh buat even guna stokin lama...
Tak pun, tak taw nak buat ape bila stokin
tinggal sebelah jew....
Hah! Jangan dibuang... Boleh buat Socks Doll
nie and then bagilah untuk orang tersayang...

Selamat mencuba semua!!
Hope, korang enjoy...




DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Ini Kalilah Ubah!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sekarang still lagi demam Pru 13 kan..
Eyqa un dah tak ketinggalan lagi sebab sebagai pelajar
Pengajian Malaysia, memang Pilihanraya nie dah jadi
sebahagian ape yang eyqa belajar...

Sebelum too, tahniah kat BN kerana masih lagi mentadbir
Malaysia pada penggal ini.. Tapi rasanya, BN perlu 
berhati-hati sebab gelombang anak muda bakal mengubah
apa yang BN lalui sekarang....

Tinggalkan sekejap pasal PRU 13 nie, kali nie slogan
yang paling lantang kedengaran ialah INI KALILAH...
So, eyqa dapat pic nie...
Memang sesuai untuk masyarakat Malaysia terutamanya 
yang beragama islam untuk UBAH...


Solat too tiang agama... Sedangkan solat kita still
tak ubah, jangan haraplah kita hendak berubah menjadi 
yang lebih baik. In Sha ALLAH, bila solat kita
sempurna, pasti ALLAH bagi kita kehidupan yang sempurna.
JOM KITA UBAH!



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

I'm Promise!

Assalamualaikum
Rasa rindu sangat nak balik rumah..
Tapi, eyqa sedar abah ngn mie hantar eyqa
kat sini 4 study...
If selalu balik, cam ner eyqa nak study..

Bila eyqa stress dengan assignment yang melambak3
x siap lagi...
kadang2 rasa macam nak give up jew dari blajar..
Tapi bila terkenangkan abah ngn mie..
penat lelah dyorg cari rezeki nak tampung
pembelanjaan belajar eyqa...
Rasa x sampai hati nak kecewakan dyorg...

Eyqa nampak wajah dyorg suka sangat 
bila tengok result eyqa semester lepas..
Paling eyqa suka bila abah cakap camnie:
"x sia2 kita keja jauh & ary2 ulang alik ke rumah
if result eyqa macam nie"
Eyqa gembira sangat waktoo to bila tengok
abah ngn mie gembira...

Eyqa janji, abah ngn mie...
Eyqa akan buat yang terbaik untuk balas
jasa mie ngn abah yang takkan eyqa 
mampu terbalas dengan pape sekali un...
I love u mom & dad!



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Candy & Dessert Bar Di Majlis Perkahwinan!

Assalamualaikum
Hehehe..

Sekarang kat Malaysia ramai yang memilih konsep perkahwinan
dyorang ala-ala candy bar kat negara omputeh too..
Seriously, eyqa memang suke sangat konsep nie sebab
konsep nie nampak fun and funky..
Sebab biase bila eyqa pergi majlis perkahwinan
mesty kena pakai baju skema...
Hehehehe..

Konsep Candy Bar nie yang eyqa taw mesty ade satu
meja besar yang dihias cantik dan dekat atas meja too
akan diletakkan balang-balang candy, chocolate, marshmallow
lolipop, cookies, popcorn dan cotton candy..
Seriously, sweet2 gtoo..


* Nie gabungan baby pink dengan white*
LOVE IT!


* Cantik dan tersusun jew*


* Encik Lovey Dovey suke yang ini*


* Eyqa paling suke yg nie*


* Ringkas *


* purple, white & black*
gabungan romantik


* Just pop corn jew*



Hah! Camner.. Cantikkan
Eyqa memang suke konsep nie...
Mesty berkerumun kanak2 kat meja nie..
Hehehe, lagi2 if jemput badut tuk buat 
belon khas tuk kanak2....
Hehehehehe..


Yang idea paling eyqa suke!
Pop corn in jar...


* Ihsan picture from Mak cik Go0gle!*


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

New Semester in UPSI!

Assalamualaikum
Huhuhu...

Bermulalah sem baru pada hari nie...
Alahai, rindu pulak kat kampung halaman
bila kaki dah jejak kat tanah tanjung malim nie...
Bila nak balik teganu cepat jew packing barang...
Kadang2 seminggu nak balik dah siap packing..
Tapi nak balik tanjung malim, bas pukul 10.00
eyqa packing barang kul 9.45...
~Hehehehehe~



Sampai jew sini, eyqa dapat rumah yang tak sama
dengan housemate sem lepas..
Alahai, rasa cam baru2 masuk universiti pulak..
Sebab housemate yang baru semua rancak bercerita,
buat masa nie eyqa hanya mampu tersenyum mendengar celoteh
dari housemate baru eyqa...



Memanglah sedih kan, tapi kita mesty pandang positif
sesuatu perkara. Bagi eyqa, nie lah peluang eyqa untuk
mendapat sedikit ilmu dari akak2 senior yang jadi housemate
baru eyqa. Bukan ape, kita sebagai junior mesty banyak
benda yang kena belajar dari senior. Adat lah too kan..

Even pape un, eyqa rasa happy jugak bila Encik Lovey Dovey
dah terima masuk di UPSI. Alahai taklah rasa macam
dulu2 lagi.. hehehehe... Ada lah juga peneman bila nak
balik kampung! :)



Sem baru nie, eyqa harap eyqa dapat kekalkan result macam
semester lepas. Alhamdulillah, result semester lepas memang
eyqa x duga langsung. Bila dapat result cam too, bertambah 
semangatlah eyqa nak buat yang lebih baik lagi!




New Sem, New Friends, New Life!
Hope is More Better !
~In Sha Allah~



DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Mak....!!! Nak Kawin Jugak!

Assalamualaikum...
Hehehehe...
Agak lama eyqa menyepi bukan apa,
eyqa sakit dalam 5 hari nie...
Hari nie baru eyqa boleh bangun untuk wat-wat
segala kerja and pergi hangout dengan kengkawan...

Tapi eyqa memang excited bila dapat tahu
yang kawan eyqa waktu sekolah rendah dah nak kawin...
Serius, bila eyqa tengok kad kawin dyer yang comel lote 
too, tetiba jeew aura kegedikan nak kawin
menguasai diri.....
Owh, no..no...no...
Tahniah untuk Fina & Ajim


Fina & Ajim


~Cover Belakang~

~Cover Depan~

Hehehe, bukan ape dah lama rasa tak borak dengan dyer
and then tetiba sekarang dyer nak kawin...
In Sha Allah, dyer akan menikah pada 24 Januari nie..
Alahai, dah tak lama lagi too...
Hehehehe...

Hmm, eyqa harap semoga perjalanan majlis too
berjalan dengan lancar and then semoga
diberkati perkahwinan nie sampai akhir hayat...
Buat bakal suami Fina, 
Jaga kawan eyqa bebaik taw..
Biar dapat baby cepat2 taw Fina..
Hehehehehe...

Note: Owh, Encik Lovey Dovey tengok kawan eyqa
sorang lagi dah kawin.. Kita bila lagi nak ikut jejak
langkah dyorang? Hehehehe


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Jom Cuba Balang Ajaib Untuk Mengubah Diri!

Assalamualaikum
Hehehehe...
Eyqa baru update blog untuk first entry
untuk tahun 2013....
Biasalah, eyqa sibuk bangat dengan final exam
dan En Lovey Dovey yang pergi bertemuduga
sambil melawat eyqa dekat UPSI.
Nie baru ade masa nak mengupdate blog...
So, rasa cam terlambat nak wish Hepy New Year
dekat semua pembaca dan follower blog eyqa!
2013

So, macam biasalah tahun baru mesti ada azam barukan!
Eyqa pun ada azam baru jugak pada tahun nie...
dan eyqa sangat berharap eyqa dapat melaksanakan
azam nie sebab azam nie boleh buat diri eyqa berubah
secara luaran dan dalaman....


Eyqa sangat suka quotes dekat atas nie...
Mempunyai makna yang sangat mendalam
jika kita semua dapat memahaminya...

Tapi eyqa nak share something dengan semua
yang membaca blog eyqa nie...
Eyqa dapat satu cara macam mana kita nak kurangkan
buat perkara yang tidak baik dalam diri kita
and then kita berubah secara pelan-pelan...

JOM CUBA!

Firstly, kita cari 2 balang kosong...
Macam balang kat atas nie... pastu kita labelkan
satu balang ialah balang suci dan satu balang lagi
adalah balang noda...


Pastu setiap hari kita kena catat perkara yang kita lakukan
sama ada perkara too baik atau buruk.
Contohnya, kita study ngn x solat subuh.
Jadi kita catatkan study too dekat dalam kertas kecil dan
gulungkan pastu masukkan dalam balang suci.
Dan sebaliknya.
Kita kena jujur taw dengan diri kita sendiri. 



So, kita boleh bandinglah mana balang yang penuh.
Wakto too dapatlah kita tahu, yang kita 
lagi banyak buat perkara yang baik atau pun
kita cuma membuang umur kita dengan perkara yang
tidak berfaedah....

SELAMAT TAHUN BARU! 
SEMOGA TAHUN INI LEBIH BERMAKNA

Note: Eyqa akan upload gambar yang eyqa
buat aktiviti balang nie.Tunggu!


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA