Hari Memperingati NAKBAH, Palestin! | ! ChocoLate Holic!

Hari Memperingati NAKBAH, Palestin!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Hyep korang.. Hari nie eyqa nak share dengan
korang pasal NAKBAH.. Bila bulan Mei,
mesty kita semua akan menyambut Hari  Ibu dan
Hari Guru tapi kita terlupa untuk memperingati
NAKBAH!


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar.
 Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel 
yang telah diistiharkan pada 15hb Mei 1948.
Seramai 700000 penduduk Palestin telah dihalau dari kediaman mereka
untuk memberi peluang kepada pendatang yahudi tinggal di Palestin. 
Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram
 oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin 
secara terancang dengan bantuan British dan PBB.

Ya, selama 65 tahun mereka dijajah.
 Namun kini mereka tidak lagi berjuang sendirian.
 Umat Islam di seluruh dunia semakin terbuka mata dan sedia untuk membantu.
 Dimulai dengan negara Turki diikuti dengan negara lain,
 kini Malaysia pula yang menyahut seruan perjuangan  untuk bersama Palestin.
 Bantuan dan rombongan kemanusiaan dihantar dari masa ke masa,
 dalam menyatakan sokongan pembebasan negara kiblat pertama umat ini.

Marilah kita bersama-sama mengirimkan AL-FATIHAH
kepada pejuang-pejuang islam yang telah syahid tidak kira
di mana mereka berada. Tidak lupa juga kita doakan agar
pejuang-pejuang islam yang tengah berjuang agar dipermudahkan
urusan mereka oleh ALLAH. 
Sesungguhnya, orang islam akan bertambah kuat dengan doa
antara satu sama lain...




DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

2 org gigi rongak makan coklat:

Mime MF said...

semoga satu hari nt kebebasan itu milik Palestine..

N.N said...

semoga palestine aman dan kita juga aman... x perlu rusuhan atau pergaduhan kat dunia ni.. semoga banyak kesedaran yg bakal di peroleh..insyallah