Tahu Jangka hayat Produk Kosmetik?? | ! ChocoLate Holic!

Tahu Jangka hayat Produk Kosmetik??

Assalamualaikum...
Hehehe.. ^_^..
Biler baca jew tajuk kat atas, korang dah taw
la eyqa nak share about cosmetik product..
Yelah, kdg2 kita pakai jew barang2 kecantikan
tapi kita jangan lupa tuk memastikan ia masih selamat
atau maksud lain, jangka hayat produk tersebut
masih panjang...
Bende nie sangat penting sebab bila kita 
pakai produk yg jangka hayat dah tamat,
 ia boleh memberikan kesan buruk pada kulit.
Jom dapatkan kulit cantik!


BEDAK ASAS

Terdapat 2 jenis bedak asas iaitu berasaskan
minyak & air. Kedua2 mampu bertahan
selama 12 hingga 18 bulan, sebaik ia pertama
kali dibuka. If korang perasan yg ia berubah 
dr segi warna & bau, baik korang ganti
yg baru! ^_^


CONCEALER

Biasenye, concealer boleh digunakan sehingga
12 bulan, tapi bila teksturnya dh padat and
bila kita sapu di kawasan mata ia mula
menempel, maknanya korang perlu buangkan dlm
tong sampah sbb x boleh guna lagi...

BEDAK DEBU

Bedak debu biasanya than sehingga 2 tahun.
Bedak padat pula just bertahan kurang 1 tahun 
sbb minyak yg meresap pada span akan merosakkan
produk too. If nak tahan lama, jangan buang 
plastik kecik yg dilapik pada permukaan 
bedak sbb ia boleh melindungi bedak daripada
terkena pada span ketika x digunakan & dapat menghalang
kotoran pada bedak!

PEMBAYANG MATA

Ia boleh tahan sehingga 3 tahun tapi bila ia 
dah merekah, baek tukar yg baru..

PENGGARIS MATA

Ia dapat bertahan sehingga 3 tahun.If korang guna
penggaris mata dlm bentuk pensel, pastikan matanya 
sentiasa tajam. If guna yg twist-up,ia mudah kering
selepas satu tempoh.Bila ia dh kering pada mata 
selepas digunakan,baek tukar produk baru.

MASKARA

Produk paling singkat jangka hayatnya.Ia hanya boleh bertahan
sehingga 4 bulan. If korang simpan terlalu lama,ia akan kering
dan merekah. Satu lagi, korang jangan pam maskara terlalu
kerap sebab ia akan mudahkan udara masuk dlam tiub.
Cara terbaik, korang pusingkan maskara dan kuarkan
dgn cermat dan berhati2..

GINCU

Ia dapat bertahan antara 1 hingga 2 tahun. 
Tapi, bila ia berbau tengik atau berbeza
bau dari yg asal, x payahla simpan atau
menggunakan lagi..

PENCUCI &PELEMBAP WAJAH

Sekurang2 ia bertahan dlm tempoh 1 tahun.
Pastikan anda menjaga kebersihan produk
dgn menggelakkan tabiat memasukkan jari pada
tiub atau balangnya.

PENGILAT &PEWARNA KUKU

Ia dapat bertahan sehingga 12 bulan.
Jika kandungan mula menampakkan lapisan
kekuningan, baek buangkan tuk keselamatan.

 .Hah! camner.. dah dapat sikit info kan..
Harap kulit korang yg bace akan 
jadi kiut miut cam iu nie..


Sekian...

DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

2 org gigi rongak makan coklat:

Tieyra said...

owh, camtoo..
if losyen bdan too,ikut mosturizer kew?

Kekzamanis said...

Owh.. Baru tau.. Selama ni main belasah jer.. Selagi tak abis selagi tu lah duk guna.. Patutlah muka nan mulus dah bertukar macam gunung krakatau.. Haiyakk! -_-#