Jom Bersalin Dalam Air | ! ChocoLate Holic!

Jom Bersalin Dalam Air

Assalamualaikum..
Hehehe..^_^
Agak mengade tajuk entry eyqa kali nie..
Dah la blum kawen, dah terpikir plak
nak bersalin dlm air...
Bkn pew, eyqa tbe2 cam teruja nak google
tajuk nie coz bler dgr member kata
  impian nak bersalin dalam air...
Hahaha.. Mentang2 dyer dah kawin..

Balik jew, terus cari encik google..
Wow! Eyqa dpt byk bende nak share tntg
kaedah bersalin dalam air..
Mungkin ramai dah taw, tapi x kire nak share gak..
Hehehe... Malu plak lambat taw..

SEJARAH

Ia bermula pada tahun 1960 an apabila penyelidik dr Rusia
 Igor Charkosvky melakukan kajian tntg kebaikan kelahiran
di dalam air.Frederick Leboyer iaitu pakar bidan dari Perancis
telah mencuba kaedah ini bagi membiasakan bayi yg sblum ini
 berada dlm uri. Michel Odent juga pakar bidan dari Perancis telah
menambah baik dgn menggunakan kolam untuk  bersalin. Beliau
juga telah mengkaji kebaikan bersalin dalam air dan telah 
membuka Pusat Bersalin di Pithvier yg menawar kaedah ini.
Sejak itu kaedah ini telah dikenali & menjadi kebiasaan di
 US &UK. Ramai yg mempraktikkan kaedah ini mengakui
 yg ia lebih tenangdan selesa umpama di spa!

SUAMI TURUT SERTA

Untuk bersalin dalam air, seorang ibu perlukan kolam berisi
air dgn suhu air 37 celcius.Keadaan ibu mestilah sihat
dan tidak mempunyai penyakit tekanan darah tinggi
dan kencing manis.
Ibu juga boleh memilih cara paling selesa untuk 
bersalin dan suami boleh turut serta dalam kolam
bagi memberi sokongan. Tubuh ibu akan berasa lebih 
ringgan kerana daya apungan air.

KEADAAN BAYI

Nie perkara pertama yg difikirkan kn?
Bayi akan lemas di dalam air?
Bayi tidak akan lemas di dalam air kerana
bayi yg baru lahir tidak akan bernafas dalam masa
beberapa saat.Ketika itu bayi akan terus disambut
oleh doctor.
Bagi yg mengangap geli kerana kolam akan dipenuhi
darah ibu adalah tidak benar. Darah ibu akan keluar 
selepas uri dikeluarkan. Biasanya uri akan dikeluarkan
selepas ibu keluar dari kolam.

KELEBIHAN

Bagi ibu kelebihannya ialah mengurangi rasa sakit,
lebih relaks, bebas bergerak dan
mengurangi robekan pada 'tuuuut'
Bagi bayi pula, dapat mengurangi risiko keracunan
air ketuban, kulit bayi lebih bersih dan 
mengurangi risiko kecederaan pada bayi.


Hahh! Camner.. Dpt info kan..
Tapi jangan la ingat biler
bersalin dalam air, anak conform 
jadi perenang handalan.. ^_^


             http://wanitasihat.com




DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

23 org gigi rongak makan coklat:

Anonymous said...

fakta yg menarik la... rasa mcm teringin jgk... hehehehhe

farah said...

farah prnh dgr sal nim ..
tp xrmai org m'sia yg ikut kaedh nim kan ^^

eyqa said...

Fazi Isma: hehehe.. eyqa un teringin gak..
Farhalurve: x ramai kt malaysia coz x bape dikenali sgt..

Korn Ahmad said...

kalau macam tu, bersalin dalam kolam renang lah.. sambil tu boleh berenang2 kan... ehh.. memain jer...

Giera Taufik said...

perghh awesome niiii !

Azza Afdzal said...

pnh dengar sal bersalin dalam air ney...tp isshhh takut la hhihi

eyqa said...

korn: eheh.. conform anak jd perenang..
jiera: try la..
Azza: dr halina bersalin dlm air..

Auni Nasyieha said...

ohsemm sungguhh .. hehe :)

pemerhatiSejati said...

pernah tgok psl ni. katanya lebih senang bersalin ;)

eyqa said...

Auni Nasyieha: hehehe.. mmg ohsemm
PemerhatiSejati:ramai yg cuba, mengakui lebih senang bersalin coz lebih relax..

Hani Othman said...

don't worry... Hani pun baru je tahu pasal kaedah ni... huhuhu... thanks for sharing

eyqa said...

Honeyz: hehehe.. ngt eyqa org plg lmbt tadi taw:)

Pwincess said...

First time dgr pasal ni. Kat Malaysia ada org buat camni ke eh? Hehe =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/dinosaur-eggs.html

eyqa said...

Mestylah ader.. Dr Halina wife angkasawan negara
bersalin kaedah nie...

JaNnaH said...

nice info.. tp tak komersial lagi la cara ni kat malaysia.. mybe ibu2 tkot baby lemas.. hihihi..

nina said...

wah..cam bes je..hihi..tp cm tkot je..:)
eh..sye blom kwin..tersibuk plak..hahaha..

eyqa said...

Jannah:hehehe, kdg2 ia bertentangan ngn budaya& adat sesetengah kaum kt Malaysia..
Nina: hehe,eyqa un blum kawin gak.. tergatal kjap!

tieyra said...

huhuhu..ohsem eyqa

eyqa said...

thanx tieyra..

Deq's Qienz said...

byk kelebihan tp negara kite tak ujud lagik mcm nih..hehee..btw nice sharing..

Kekzamanis said...

Menarik! Macam nak la jugak bersalin dalam air nih (walaupun preggy pun belum..haha!).. Tapi cost? Haiyakkk!

eyqa said...

@Deq's Qienz dah ujud.. sbb wife angkasawan negara bersalin dlm air.

eyqa said...

@Misz Mieza akk ok la dh kawin.. eyqa blum un.. cost dyer agak3 mahal la..
boleh lagi simpan duit akk..