Kanak-Kanak Leukemia Terima Anugerah Khas! | ! ChocoLate Holic!

Kanak-Kanak Leukemia Terima Anugerah Khas!

Assalamualaikum
Hehehehe...
Hari nie beliau menjadi inspirasi kepada eyqa
untuk tersenyum walaupun terpaksa menghadapi
peristiwa yang pahit untuk diterima.

Max Padelty, 2 tahun adalah penerima Anugerah Bintang
Kecil daripada Cancer Research UK yang memberikan
anugerah itu khas kepada pesakit kanser yang berumur 
bawah 18 tahun.



Max telah dicalonkan oleh ibunya sendiri iaitu Mandy
yang menyebabkan beliau menjadi inspirasi kepada
semua orang termasuk keluarganya kerana semangat yang
 ditunjukkan Max untuk melawan penyakit yang dihadapi.

Max dilahirkan dengan pelbagai penyakit seperti jantung 
berlubang, kerosakan sistem saraf yang teruk sehingga
membataskan pergerakan ototnya dan sindrom down.
Max juga dikesan menghidap leukemia pada
September tahun lalu.



Selepas menjalani rawatan kemoterapi
antara November tahun lalu dan Mei tahun ini 
di Royal Victoria Infirmary, Newcastle
Max telah pulih.

Ibunya mengatakan bahawa Max tidak 
pernah merungut di atas ujian yang dilakukan
sejak Max dilahirkan dan sentiasa tersenyum.


Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang 
mati syahid dan yang tengah melawan 
Tentera Zionis & Israel di Gaza.
Hanya ALLAH yang akan mampu memberi
anugerah tertinggi kepada mereka.
SAVE GAZA!


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

7 org gigi rongak makan coklat: