Lelaki Dayus Mengikut Islam. | ! ChocoLate Holic!

Lelaki Dayus Mengikut Islam.

Assalamualaikum

Entry eyqa yang kedua untuk bulan Febuari nie..
Sebelum eyqa menulis panjang, eyqa ingin mengucapkan
syukur kepada pencipta Manusia kerana memberikan
eyqa peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Eyqa ingin berkongsi beberapa ilmu yang eyqa tahu
dari seorang ustaz...
Tersentuh eyqa bila mendengar ceramah tentang ramainya
lelaki yang dayus pada masa sekarang..


Dah jadi trend kowt zaman sekarang, bila
akad nikah jew mula lah pakai tudung litup.
Bagus, memang sangat9 bagus! 
Tapi yang jadi x bestnyer bila tyme upacara lain
contohnya bersanding terus buang tudung too.
Kata ustaz too, ini macam dah mempermainkan agama.
Si suami pun x kata apa2..


Suami sekarang kadang-kadang gembira bila
si isteri pakai baju x cukup kain...
Kadang2 si suami rasa bangga sebab isteri dyer
dikatakan hot didunia. TAPI
jangan lupa yerk cik abang, awak dan isteri awak 
akan rasa SANGAT hot bila kat akhirat!


Suami nie jugak bukannya tanggung dosa isteri
dyer aje, tapi dosa anak2 perempuan dyer sekali.
Cuba bayangkan jika seorang lelaki mempunyai seorang isteri 
dan 4 orang anak perempuan, dan semua sekali
tidak menutup aurat dengan sempurna,
Bagaimana lelaki tadi di akhirat nanti.....
Bukan hanya suami/ ayah jew yang tanggung tapi
abang dan adik lelaki juga tanggung benda yang sama taw.


Lelaki akan menjadi dayus apabila:

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat  (jika bekerja) atau di luar rumah.  

2)Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3)Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4)Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5)Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6)Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7)Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8)Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9)Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10)Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11)Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12)Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 

13)Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14)Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Sedikit perkongsian untuk dijadikan peringatan kepada
eyqa dan sahabat2 sekalian.
Semoga memperoleh manfaat daripada entry ini.




DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

6 org gigi rongak makan coklat:

Nur Najwa Bt Ibnu Pajar said...

thanks for info

adibahfaizah said...

Setuju :)

✿INA AINAA✿ said...

great!! semoga kita dapat suami yg boleh mmbimbing kita ke jalan yang diredhai oleh Allah... =)

cikeyrah said...

betul tue . .bila baca entry iqa, teringat msa g kursus kawen aritu, pengisian yg sama :)

Unknown said...

Hehe terbaek... Mudah-mudahan samprit ungu dikurniakan isteri yang solehah kelak... amin... memang best entry nie... :)

aindzaya said...

pengisian yang bagus :)