! ChocoLate Holic!

Semester Baru!

Salam semua
Eyqa dah masuk semester baru uools~
Hehehe, pejam celik, pejam celik dah masuk semester 4
eyqa dekat U nie..
Konon dah senior sikitlah.. Chewah~

Sekarang nie, bila eyqa tengok budak2 junior yang
baru masuk U nie, kadang2 kelakar jugak.
Semua muka tulus, suci dan naif jew..
Bila bas datang un tak de rebut-rebut.. Dyorang semua
macam pasrah ngan redha jew ditolak oleh senior-senior
yang dah tak kira ape un, janji dapat masuk bas..
Hahahaha~

Bila ade budak junior yang macam nak berebut naik bas
too, senior-senior mulalah buat muka (senior) bagi
budak-budak too takut sikit.. Siap boleh tanye lagi,
semester berapa, kalau sem satu bagi senior masuk dulu..
Hehehe, sabaq jew lah yerk.. Adat lah kan!

Tapi paling tak boleh blah sekali, bila ade junior yang ingat
eyqa nie semester satu gak. Maklumlah muka eyqa yang
awet muda nie, memang ramai orang ingat eyqa umur antara 18
or 19 tahun... Kalau raya memang eyqa dapat duit raya lagi
banyak dari adek eyqa. Hehehehe, berkat muka tak matang..
Tapi takpew lah, Eyqa tak marah un, janji pemikiran kita matang..
Hehehee ~





DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

Qada Solat Selepas Haid

Assalamualaikum
Hmm, tajuk yang eyqa nak share nie eyqa rasa ramai yang
dah tahu tapi tadi eyqa ditanya oleh seorang sahabat tentang perkara ini.
Jadi, eyqa rasa baik juga kalau eyqa share tentang perkara ini sebab
bagi perempuan yang sudah datang haid perkara nie penting untuk kita
ketahui. Yew lah, setahun 12 kali kita akan datang haid kan. Allahu Akbar!



So, mula-mula kalau perempuan yang datang haid eloklah conformkan 
pukul berapa kita sedar yang kita datang haid.
Contohnya: Eyqa datang haid pukul 2.00 petang. Tapi eyqa
tak solat lagi even solat zuhur masuk pukul 1. 23 petang.
So eyqa kena qada solat zuhur selepas eyqa habis haid.
Lepas kita dah conformkan kita datang haid pukul berapa,
eloklah kalau pada wakto too kita baca doa bila datang haid.
Korang boleh dapatkan doa too di SINI.

Pastu kita mesty tahu pulak bila kita sudah habis haid.
Contohnya: Eyqa conform habis haid pukul 6.50. Jadi eyqa un
mandi wajib dan tak sempat nak solat asar. Jadi eyqa kena qada
solat Asar dan Zohor.

Hah! Mesty pelik kan kenapa eyqa kena qada solat Asar dan Zohor.
Sebab kalau hukum jama' solat...
Solat Asar dan Zohor boleh dijamakkan. Jadi kat sini berlaku kekhilafan
antara ulama' sama ada nak qada' solat Asar ataupun solat Asar dengan Zohor.
Untuk langkah Ikhtiyat (menjaga hukum), eloklah kalau kita qada' kan 
kedua-dua solat. Wallahu Alam.

Kat bawah nie ada video Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjawab soalan
tentang Qada Solat Selepas Haid.


p/s: Kalau ada yang eyqa terangkan salah.

Bagitaw taw. Sama-sama kita belajar.
Sharing is caring, right!

DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA