! ChocoLate Holic!

Peringatan di Tahun Baru

Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru semua!!
Huhu, macam x percaya jew dah masuk new year.
So, makin bertambah umur eyqa dan semakin kita
semua menghampiri kepada kematian.
Allahu Akbar!

The Wedding Breakers, Taylor Swift


Now, I'm 22 but not officially 22 years old.
Bila masuk tahun baru semalam, teringat kata-kata
seseorang yang paling rapat dengan eyqa..
"Tahun baru semua berseronok malah ramai yang menyambut.
Tapi tidakkah mereka fikir tentang apakah yang mereka
telah sumbangkan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara
selama mana mereka hidup atau paling kurang pun selama setahun 
yang berlalu.. Orang yang bijak akan menangis
kerana sedikitnya sumbangan yang mereka telah lakukan.
So, macam mana dengan kau eyqa?"

Seriously, eyqa terkelu bila mendengar hujah sahabat eyqa.
Betul, bila eyqa fikirkan balik, sudah terlalu banyak
eyqa membuang masa dan eyqa tak dapat list pun
even 5 sumbangan besar eyqa untuk kepentingan orang lain.
Yang ada cuma hanya kepentingan diri sendiri.
Allahu Akbar! 


Bila teringat tentang Arwah Amar yang banyak melakukan
kebaikan kepada orang lain even umur arwah baru 20
tahun, eyqa rase cukup sebak.
ALLAH bagi kita peluang untuk membuat kebaikan tetapi
kenapa peluang too, eyqa sia-siakan.
Semoga tahun 2014 ini eyqa akan berubah menjadi
yang lebih baik. In sha ALLA
:)




DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA

First Malaysia Playboy Bunny kini selesa berhijab!

Assalamualaikum
Hehehe, sempat lagi eyqa menaip entry untuk hari-hari
terakhir dalam bulan 2013 nie..
Bukan ape, ini kisah yang cukup mengkagumkan
eyqa bila dilihat bertapa indahnya Hidayah yang ALLAH 
boleh berikan kepada umatnya..

Sebelum nie, eyqa tersentuh bila lihat orang yang bukan beragama
Islam convert ke Islam. 
Tapi kali nie, eyqa cukup kagum bila orang yang bukan Islam 
menyatakan lebih suka memakai hijab kerana
merasakan dirinya lebih selamat.
Allahu Akhbar! 

Siapa dia Felixia Yeap nie..
Dahulunya dia merupakan model yang berjaya dalam
arena modelling dan kerjayanya sehingga ke luar negara.
(Jika dah model, faham lah pakaian yang tidak menutup aurat
tetapi bukanlah NAKED)
Tapi sejak kebelakangan ini, Felixia Yeap telah menjadi
model muslimah dan dia suka dan selesa dengan
gaya muslimah yang menutup aurat dan berhijab.

Di sini eyqa tunjukkan video rakaman Felixia Yeap
di dalam Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah.


Antara gambar Felixia Yeap yang mengenakan hijab.

hijabista, sweet, felexia yeap, playboy, bunny, naked


hijabista, macam cantik jew, red, hot, wish

Untuk lebih lanjut sila pergi ke blog Felixia Yeap

Untuk Felixia Yeap, eyqa mendoakan agar ALLAH 
memberikan hidayah nya untuk membuka pintu
hati Felixia convert ke agama Islam.
Kerana eyqa tahu bahawa tiada siapa yang berhak 
menghukum seseorang dengan perkara yang lampau
apabila dia diberikan hidayah oleh ALLAH.
Allahu Akbar!


DAH MAKAN COKLAT, JANGAN LUPA SIMPAN WRAPPER DIA